Tahap 3: Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak – T982-001-3:2017-

Early Childcare Educations

Apa itu Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak ?

Memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, psikologi, pendekatan pendidikan, perkembangan fizikal & sahsiah, keselamatan & memahami kanak-kanak istimewa.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) adalah program berkualiti tinggi yang direka khas untuk kanak-kanak sejak mereka lahir lagi dan lebih dikenali sebagai pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal Kanak-Kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Pendidikan Kanak-Kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu ‘Early Childhood’ dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai ‘Early Childhood Education’.
Di Malaysia, PAKK adalah asas yang penting kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah, yang mana ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit akan ilmu pengetahuan. PAKK menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika dan tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun.

Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia meraka kerana ‘kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warni kehidupan’ agar mereka mampu menjadi pelapis kepada generasi negara dan bersedia untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.


Tempoh Pengajian : 15 Bulan

Syarat Kelayakan :
– 16 hingga 45 tahun
– Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dalam BM/BI.

Kaedah Pembelajaran : Bersemuka
Mod Pengendalian Program : Sepenuh Masa

Badan Pensijilan :
– Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
– Kementerian Sumber Manusia

Objektif Program

Objektif pendidikan awal kanak-kanak adalah banyak, iaitu menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Objektif yang lain ialah memperkembankgan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.

Silibus Program

-T982-001-3:2017- C01 Early Childhood Daily Routine Care
-T982-001-3:2017- C02 Early Childhood Education and Development
-T982-001-3:2017- C03 Early Childhood Behavior and Social Value Instilment
-T982-001-3:2017- C04 Early Childhood Care Centre Operation Support
-T982-001-3:2017- C05 First Aid Administration

Pengajaran dan Pembelajaran

1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian

Peluang kerjaya

-Guru & pendidik taska
-Pengusaha taska , tadika , pusat jagaan kanak-kanak
-Pengasuh & kakitangan taska terlatih
-Penulis & pereka bahan pembelajaran kanak-kanak
-Penasihat dalam penyediaan rancangan perniagaan taska / tadika.

Laluan Program Kerjaya

Kaedah Penilaian

KomponenElemen
Penilaian Kerja KursusKuiz
Prestasi
Kertas Tugasan
Laporan/Pembentangan
Penilaian AkhirPenilaian Prestasi (Amali)
Penilaian Pengetahuan (Teori)

Need Financial Aid For This Course?

Surat Kelulusan Pentauliahan (PSI)

Take Action Now

Unlock your potential and upgrade your skill today!

Scroll to Top